Tuesday, 22 March 2011

CinTa Tidak SemEstiNya Untuk DimILIKi..CinTa AlLAh Itu LebIh HaKiki.


Kisah 1:
 
                                                                                Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq.
Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…
Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati.
Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.
Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya.  Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya.  Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…
Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.
“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.
Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.
“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi.  Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.  Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya.  Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.
“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia.  Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama.  Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”.  Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.
“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu.  Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya.  “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman.  Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali.  Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!
Ya, memang mengejutkan dan ironi.  Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman.  Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman.  “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…
Kisah 2:

Lelaki ini adalah seorang raja.  Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri
Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.
Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…
Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.
Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….
Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…
Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”
Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.
Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW
Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..
Ia adalah lelaki soleh.
Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.
Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.
Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.
Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….
Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.
Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.
Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.
Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”
Dan syahid di tiang gantungan.
Sendiri!!!
Tidak ada air mata,  tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!
Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.
Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….
Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:


Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu… Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..
Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.
Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.
Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.
Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka.
Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.
Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”
Maka bergetarlah langit..“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”(QS Al Azhab 53)
Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.
Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.
Cinta memang tak harus memiliki…
Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu manusia yang engkau cintai itu..
Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya.

Sumber : www.ataphijau.com

JOM ExerciSE!


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

waNiTa

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

PeSanan RasuluLLAH Buat kAum UmATnYa..

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

  • Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah    wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
  • Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
  • Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
  • Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,  memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,Thabarani, Anas bin Malik).
  • Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
  • Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
  • Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair,malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
  • Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
  • Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
  • Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
  • Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
  • Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
  • Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Pesanan Untuk Lelaki :



"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah".

  • Wanita Ananah:  banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit tentang sesuatu terhadap suami.Wanita ini sering mengatakan 'aku buat tu keranamu'.
  • Wanita Hananah:  menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita Hadaqah:  melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita Baraqah:  ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu maka kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
  • Wanita Syadaqah:  banyak cakap, tidak menentu lagi bising.

Thursday, 17 March 2011

eRTI c.i.n.t.a


Apa sih arti sebuat cinta bagi kamu..?? Cinta itu kasih sayang, cinta itu anugerah yang diberikan kepada setiap umat manusia karena tanpa cinta kita gag akan ada di dunia ini. btul gag.?? tanpa cinta bapak ibu kita gag akan bersatu dan kita gag akan ada di dunia ini dunk. Cinta itu adalah:
1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..

Monday, 7 March 2011

Doa Hadapi Tekanan (Stres)

 
Marilah kita Sama2 Memohon doa kepada yang Esa agar hati kita, tubuh badan kita sentiasa tenang dalam menghadapi segala dugaan dan cubaan...setiap cubaan dan godaan yang datang adalah datangnya dari Allah..dan kepada Nya jua lah kita memohon keringanan dalam menghadapinya...Aminnnn...('')_('')... 
keceriaan dan keindahan wajah akan suram mcm miow ni kn...?..>,<...so....don't stress2 k..

Wednesday, 2 March 2011

have Fun!!...don't Stress...more laugh...make ur life simple....lets watch this funny baby video

Tuesday, 1 March 2011

inFO : Rahsia TapAk tANgan

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yang kamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri!
Awas! Jangan terlalu percaya sangat.... ajal dan maut di tangan Tuhan kan.

MAKNA SEORANG KAWAN

kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak...
kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS.. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit,jual.. ambik kereta baru..
Cool kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. sekejap ada sekejap tak..
kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
lagi.....kawan tu macam apa ye???? Haa..kawan tu macam ANDA LA..
bila saya hantar mesej, anda akan baca mesej saya dgn teliti sampai habis.

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan.. pada saya, kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan
sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk
dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan
sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya..rnduuu sgt kawan-kawan kt luar sana...
kpada sesiapa yg mengenali saya..

besarnya Rasa sAyang Kite pada Orang Tu...

Bila kita syg orang tu..

Bila kita syg kt org tu,
Kita tggu dia kita sbar,
Tp bila dia tggu kita dia syak wasangka,
Hti kita kta,biasa la kkasih tggu kkasih.

Bila kita syg org tu,
Kita cemburu kta tnya slembutnya,
Tp bila dia cmburu dia mrh kita,
Hti kita kta,cmburu kn tanda syg.

Bila kita syg org tu,
Kita layan dia masa dia sdg bosn,
Tp bila kita bosn ada tak msa dia utk tman kta.?
Hti kita kta,tak apa dia tgh sibuk.

Bila kita syg org tu,
Kita mrh kita than,
Tp bila dia mrah kita than dgr cemuhan dia,
Hti kita kta,mmg kita trsilap lngkah dn kata.

Bila kita syg org tu,
Kita brgduh dgn dia kita diam mngalah jer,
Tp bila dia brslah mti2 slah kn kita,
Hti kita kta,dia tgah tension tu.

Bila kita syg org tu,
Kita call dia kita bercerita ckp dgn dia,
Tp kita call dia baik ckp dgn tggul batu,
Hti kita kta,dia tgh pnat agknya.

Bila kita syg org tu,
Kita nk ckp dgn dia kita call,
Tp bila kita call dia matikn atau sruh org lain ckp,
Hti kita kta,tak pe kwan dia kwan kita sma.

Bila kita syg org tu,
Kita ckp dgn dia mcm acuh xacuh je,
Tp bila dia ckp dgn kita evry single word mst di hfal,
Hti kita kta,alaa syg la kta kn.

Bila kita syg org tu,
Kita nk msj call dia xde krdit sggup kita blikn,
Tp bila kita xde krdt nk call dia org lain didahulukn,
Hti kita kta,mgkin kwan-kwan dia kcemasan.

Bila kita syg org tu,
Kita sggup bgi dia reht sbb dia letih,
Tp bila kita ltih dia sruh jgk lyan dia,
Hti kita kta,tak pe bukn slalu.

Bila kita syg org tu,
Kita akn bgitau apa-apa msti dia dulu,
Tp klau kita dpat thu ssuatu msti kta org trakhir yg thu,
Hti kita kta,dah mmg dia mcm tu.

Bila kita syg org tu,
Kita ckup derita klau thu dia skit,
Tp ada tak dia amik brita tntg ksihtn kita,
Hti kita kta,tau tak betapa tggi nya hrga dia pd kita.?

Bila kita syg org tu,
Kita sggup korban apa sja utk dia,
Tp dia lngsung xde skit masa pn utk kita,
Hti kita kta,tak pe kerja bnyk xsiap lagi.

Bila kita syg org tu,
Kita tak snggup tgk dia mnderita,
Tp bila kita skit smpat lagi dia buat parti reunion,
Hti kita kta,mcm mne nnti klau kita tak de.?

Bila kita syg org tu,
Kita syg sgt99 nk tnggalkn dia slmnya,
Tp dia tak thu mcm mna kita brdepan dgn maut,
Hti kita kta,adakh dia bhgia slpas kita.??

Bila kita syg org tu,
Kita sggup undur diri utk dia bhgia,
Tp adakh dia thu apa pngorbnan kita pd dia.?
Hti kita kta,nnti dia bkal thu apa yg kita rasa.

Bila kita syg org tu,
Kita sggup tinggalkn dia utk slmnya bgi dia bhgia,
Tp dia lngsung tak thu apa yg brlaku pd kita,
Hti kita kta,slpas ini adakh dia bhgia.?

Bila kita syg org tu,
Kita tak kisah nywa kita sbb nywa dia adalh nywa kita,
Tp pnah ker dia korbankn utk kita wlaupn sdikit msa.?
Hti kita kta, dia bkal thu msa pn hmpir tiba.

Dan..
Bila kita dah tggalkn dia slmnya,
Dia pn dtg ke pusara kita,
Dia kata dia sngat9 mnyesal apa yg dilakukn dahulu,
Dia kata dia mnx maf sbb buat kte trtggu2 dhulu,
Dia kata dia mnx maf sbb buat kte cmburu dhulu,
Dia kata dia mnx maf sbb tak teman kita msa kita bosan dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia mrah kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia slalu slahkn kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia dgr luahan hti kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia tak lyan kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia acuh xacuh dgn kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia susahkn kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb ggu waktu reht kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb tak luangkan msa utk kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb tak tgok pnderitaan kita dulu,
Dia kata dia mnx maf sbb dia tak lawat kita msa hyat kita dulu,

Nmun smuanya telah trlewat,
Hanya tinggal kenangan kisah antra kita,
Biar lah pngganti kita nnti dpt buat lebih baik dri apa yg kita korbankn utk dia,
Dan..hrapan hti kita biar lah dia lebih mnhargai pnggnti kita nnt spya tak sesal di kmudian hri..

Jngan smpi smua nya akan trlewt,
Syangi lah dia yang mnyayangi drimu..